
salam sejahtera semua.di sini saya ingin mengulas serba sedikit mengenai movie yang berjaya disaksikan oleh saya dan rakan2 dalam DVD tempohari.ye,kami tidak berupaya membeli tiket wayang yang berharga Rm11 seorang,oleh itu,kami bertekad untuk membeli DVD oleh brader kat kedai mamak.
selepas membeli dvd tersebut,kami terus ke rumah terdekat kawan kami,iaitu di taman Yeah.sampai sahaja di biliknya,kami terus membuka plastik DVD transformers 2 dan memasukinya kedalam pemain DVD tersebut.maka bermulalah trailer2 semua...
namun,setelah sekian lama trailer ditunjukkan,kami terkejut dengan karakter2nya.autobots yang sebelum ini berbentuk robot-robotan yang besar dan maju,kini digantikan dengan bentuk manusia seakan-akan haiwan pelik.
dari situ,barulah kami sedar yang kami benar-benar diTIPU!inilah hasil yg diperolehi dari CETAK ROMPAK!so disini,saya ingin mengambil kesempatan utk menyampaikan,JANGANLAH SESEKALI MENYOKONG CD/DVD/VCD/ cetak rompak!
sekian terima kasih :)